Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pas. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Januari 2013

ISU KALIMAH ALLAH

SAPE YANG BERSALAH ISU KALIMAH ALLAH INI??


Sekarang sudah jelas bagi seluruh umat Islam di Malaysia untuk menilai siapakah dalang di sebalik gamatnya isu kalimah Allah yang hendak digunakan di dalam bible berbahasa Malaysia.
Sehubungan itu, ia juga menyerlahkan sebab mengapa tiba-tiba dalam Muktamar PAS lalu, Dewan Ulama Syura seolah-olah berpaling arah tidak mahu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.
Urutan isu ini mudah sekali difahami. Di ambang 25 Disember lalu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu di seluruh negara.
Kononnya gesaan itu ialah untuk menyeragamkan keperluan penyebaran ajaran Kristian di seluruh Malaysia. Ia seolah-olah mahu menghujahkan bahawa jika pengertian siapa Tuhan boleh diseragamkan dalam Bahasa Melayu di kalangan Kristian, ia akan mudah meningkatkan kefahaman ajaran Kristian di kalangan penganutnya.
Bagaimanapun apabila diasak oleh gerakan bukan kerajaan, ulama dan umat Islam, Guan Eng membuat pusingan-U dengan mengatakan bahawa gesaannya itu ialah untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak sahaja.
Pembetulan itu dibuat oleh setiausaha politiknya yang kini menjadi anak emas DAP Zairil Khir, anak bekas menteri Umno, Allahyarham Khir Johari.

APA KATA MURSYIDUL AM PAS TOK GURU NIK AZIZ

Bace Klik sini

APA KATA PAS

Bace Klik sini

APA KATA UMNO

Bace Klik sini

dah bace semuanye so pandai-pandai la berfikir untuk mase depan islam sejagat jgn kerana politik agama diketepikan.mane yang baik kita ambik yang buruk sama-sama kita hapuskan..peace no war



nak buat duit jom klik sini


Isnin, 30 Julai 2012

ABBY ABADI MANGSA POLITIK

Pelakon yang juga penyanyi, Abby Abadi memberitahu di laman sosial Twitter miliknya, mengatakan bahawa kontraknya sebagai duta sebuah syarikat tudung, telah ditamatkan serta merta oleh kerana pembabitannya dalam Parti PAS.
“4 Julai 2012 – Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
“Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat,” tulisnya di laman Twitter pagi tadi.
Kami sendiri tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku.Adakah hanya semata-mata politik, perkara yang remeh ini juga boleh dipersebarkan sehingga membawa kepada penamatan kontrak? 
“Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja,” katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.
“Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS,” kata Abby Abadi
Jelasnya, tindakannya menyertai PAS bukanlah kerana isu politik, tetapi kerana terpikat dengan PAS yang memperjuangkan isu agama dan Islam di Malaysia. Namun, sekali lagi kami tidak hairan.Sebelum itu, Bob Lokman juga telah menyertai PAS. Dan ada juga artis-artis lain seperti Afdlin Shauki, AC Mizal yang menyertai UMNO. Tidak perlu timbul isu begini.
“Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama.” kata Abby Abadi ringkas.
Sesiapapun mempunyai hak untuk memilih parti politik yang ingin disertai.Minda orang kita masih lagi ditakuk lama.Kawan dan kaya kerana berpartian.Sudah tidak timbul lagi semangat untuk membangunkan rakyat secara amnya.Apa pendapat anda pula mengenai isu ini?

LAGI TENTANG POLITIK:>


  • Politik Heret Rakyat
  • Kabinet Bayangan Pembangkang
  • Ahad, 22 Julai 2012

    Kabinet Bayangan Pembangkang

    Kalau disemak kebanyakan negara-negara di luar termasuklah negara maju seperti Jepun sendiri pun tidak wujud istilah kabinet bayangan. Ada cakap-cakap yang yang mengatakan sistem dua parti yang diamalkan oleh negara seperti Australia dan Britaian pernah wujud kabinet bayangan. Benarkah?
    Tetapi yang kami sedia maklum sebuah lagi negara yang juga mengamalkan sistem dua parti seperti Amerika tidak sama sekali mempunyai kabinet bayangan. Ditambah lagi, rakyat Amerika sendiri pun tidak mendapat kepastian siapa ketua negara mereka untuk penggal-penggal yang akan datang, apatah lagi menteri kabinet jauh sekali. Itu semua hanya boleh diketahui selepas keputusan pilihanraya mereka diumumkan. Sampai begitu sekali……

    Walaubagaimanapun, akhirnya penantian sesetengah pihak yang menantikan senaraian kabinet bayangan Pakatan Rakyat “berbalas” di mana baru-baru ini Kolumnis Free Malaysia Today, Selena Tan telah tampil menamakan Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang menang PRU ke 13 kali ini. Selena Tan dikatakan telah berjaya mendapat butiran senarai dan maklumat bagi kabinet bayangan Pakatan Rakyat daripada kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mana tidak mahu nama mereka didedahkan kepada umum. Kata mereka…..

    1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
    2) Timbalan Perdana Menteri:
    • Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
    • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
    • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
    3) Kementerian Kewangan:
    • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
    • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
    • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
    4) Kementerian Pelajaran:
    • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
    • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
    • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
    5) Kementerian Dalam Negeri:
    • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
    • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
    • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
    (Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM )

    6) Kementerian Pertahanan:
    • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
    • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
    • Tian Chua (PKR, MP Batu)
    (Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.)

    7) Undang-undang Kementerian:
    • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
    • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
    • William Leong (PKR, MP Selayang)
    • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
    • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
    8) Kementerian Kesihatan:
    • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
    • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
    • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
    • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
     9) Kementerian Pengangkutan:
      • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
      • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
      • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
      (Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)
      10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
      • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
      • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
      • Husam Musa (PAS, DUN Salor)

      
    11) Kementerian Pertanian:
    • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
    • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
    (Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)

    12) Kementerian Luar:
    • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
    • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
    • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)


    13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
    • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
    • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
    14) Kemterian Alam Sekitar :
    • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
    • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
    • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
    15) Kementerian Wanita:
    • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
    • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
    • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)

    16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
    • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
    • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
    • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
    • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
    • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)